NADI Kampung Jeriah - Program Kolaborasi Bersama Giatmara Sibu Sesi 2 - 21 Mac 2025
22 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mac 2025 (Khamis), NADI Kampung Jeriah dengan kerjasama Giatmara Sibu telah melaksanakan Program ICT dan Keusahawanan Sesi 2 bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Program tersebut telah dihadiri oleh 8 orang pelajar Giatmara Sibu.
Program dimulakan dengan pendaftaran keahlian dan saringan kesihatan percuma. Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat pengenalan NADI dan pendaftaran MyDigitalID.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan asas ICT iaitu pengenalan kepada AI dan penggunaan chatGPT. Untuk topik keusahawanan, peserta didedahkan dengan topik Penipuan Atas Talian (e-Dagang). Selesai sahaja setiap sesi, peserta diuji dengan kuiz untuk menguji tahap pemahaman mereka.
Sebelum program bersurai, diadakan sesi bergambar bersama peserta dan staf NADI. Diharap program pda hari ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan seterusnya dapat diaplikasikan dengan sebaiknya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: